Rekaan Galaxy Note 5 Dikemaskini Bagi Mengelakkan Masalah S Pen Dimasukkan Terbalik

Rekaan Galaxy Note 5 Dikemaskini Bagi Mengelakkan Masalah S Pen Dimasukkan Terbalik

Diterbitkan pada Jan 19, 2016 oleh .

S-Pengate ialah masalah yang melanda beberapa pengguna Samsung Galaxy Note 5 tahun lalu. Sekiranya stylus S-Pen dimasukkan secara terbalik, ia akan tersekat dan mengakibatkan kerosakan kepada sensor yang melancarkan Air Command. Ini mengakibatkan Samsung terpaksa mengeluarkan kenyataan mengingatkan pengguna supaya tidak memasukkan stylus secara terbalik di dalam kotak peranti. Sekiranya anda mahu memiliki Note 5 hari ini nampaknya anda tidak perlu risau masalah stylus terletak akan berlaku. Ini adalah kerana nampaknya Samsung sudah mengubah sistem pengunci dan suis pengesan S-Pen pada keluaran terbaru Note 5. Suis pengesan yang mengakibatkan S-Pen tersekat ini mempunyai pelindung plastik. Sekiranya S-Pen dimasukkan secara terbalik sekalipun ia tidak lagi akan tersekat dan mengakibatkan kerosakan. Seperti yang anda boleh lihat di dalam gambar di bawah, rekaan terbaru ialah pada sebelah kiri manakala rekaan lama adalah di sebelah kanan.

S Pen Note 5 fix


TIPS & ULASAN