iPhone Bersaiz 4-inci Bakal Dikenali Dengan Nama iPhone 5se – Dijangka Hadir Pada Bulan Mac

iPhone Bersaiz 4-inci Bakal Dikenali Dengan Nama iPhone 5se – Dijangka Hadir Pada Bulan Mac

Diterbitkan pada Jan 23, 2016 oleh .

Desas-desus berkenaan dengan iPhone bersaiz 4-inci telah kedengaran beberapa kali sebelum ini, dan kini beberapa maklumat lanjut berkaitan dengannya kedengaran. Apple dijangka memperkenalkannya pada bulan Mac 2016 ini, dan ia dijangka dikenali dengan nama iPhone 5se.

Nama berkenaan dikatakan mungkin menjadi nama akhir untuk iPhone bersaiz 4-inci – memberikan petanda sebagai iPhone “Special Edition” ataupun pada masa yang sama memberikan petanda sebagai iPhone 5s “Enhanced”.

iPhone 5S

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan gambar yang tertiris beberapa hari yang lepas adalah tidak benar – dan ia dijangka membawakan rekabentuk seumpama iPhone 5s sebelum ini, dan hadir dengan spesifikasi yang dinaik-taraf.

iPhone 5se ini dijangka bakal menyertakan kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 1.2-megapixel. Telefon pintar ini dijangka menyertakan Barometer terbina, selain cip NFC untuk sokongan pembayaran Apple Pay. Ia bakal dijana menggunakan cip A8 dan M8 seumpama pada iPhone 6, selain turut mengintegrasikan fungsi rakaman gambar Live Photos seumpama iPhone 6s.

Apple dikatakan akan menamatkan jualan iPhone 5s dan iPhone 5se akan mengambil-alih tempatnya, serta menawarkan harga jualan lebih kurang menyerupai iPhone 5s pada hari ini.

iPhone 5se ini dijangka diperkenalkan pada bulan Mac, dan dijual lebih kurang sebulan selepasnya.


TIPS & ULASAN