Gambar Yang Dikatakan Sebagai iPhone 5se Hadir – Bersebelahan Dengan iPhone 5

Gambar Yang Dikatakan Sebagai iPhone 5se Hadir – Bersebelahan Dengan iPhone 5

Diterbitkan pada Jan 25, 2016 oleh .

Mengikut pelbagai desas-desus dah ura-ura yang hadir ke arena web akhir-akhir ini, ia dikatakan Apple bakal hadir dengan telefon pintar bersaiz 4-inci mereka, yang juga merupakan penaik-tarafan kepada iPhone 5s, iaitu iPhone 5se.

iPhone 5se

Sebelum ini, kita telah mendengar mengatakan iPhone 4-inci ini akan membawakan rekaan bahagian tepi yang sedikit melengkung, dan penambahan Touch ID untuk memudahkan Apple Pay. Gambar baru ini hadir memperlihatkannya, dan pada masa yang sama menunjukkan saiz telefon pintar ini tidak begitu jauh beza dengan iPhone 5s.

Menurut laporan sebelum ini, ia turut dikatakan peranti ini akan menyertakan kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.2-megapixel, serta dilengkapi sokogan Live Photos.

Pihak Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya sehingga kini. Ia dikatakan mereka akan memperkenalkan peranti ini pada bulan Mac atau April kelak.


TIPS & ULASAN