Cari @ Amanz

Elon Musk merupakan CEO kepada syarikat SpaceX yang mencuba beberapa perkara baru dalam arena eksplorasi angkasa. Mereka telah mencuba beberapa perkara sebelum ini, termasuk mendaratkan roket kembali ke posisi asal. Terkini, Elon Musk merancang untuk menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2025 kelak.

Elon Musk mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkaitan perancangan mereka ke planet merah berkenaan pada tahun ini.

Eksplorasi angkasa kini kian mendapat perhatian ramai pihak, apatah lagi dengan perkembangan teknologi yang membolehkan perkara berkenaan dilaksanakan. NASA sendiri sebelum ini telah berkongsi perancangan untuk eksplorasi planet berkenaan, dan telah mempunyai sebuah robot khusus disana yang sedang memantau dan mengumpulkan pelbagai data berkenaan planet berkenaan.

Bercakap mengenai diri sendiri, Elon Musk mengatakan beliau mungkin ingin ke stesen angkasa dalam masa tempoh lima tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd