Google Dilaporkan Ingin Lebih Kawalan Dalam Pembangunan Dan Penjenamaan Peranti Nexus

Google Dilaporkan Ingin Lebih Kawalan Dalam Pembangunan Dan Penjenamaan Peranti Nexus

Diterbitkan pada Feb 2, 2016 oleh .

Program Google Nexus merupakan salah satu program dibawah perhatian Google, dimana mereka bekerjasama dengan pengeluar peranti untuk hadir dengan peranti yang memberikan pengalaman penggunaan Android asli. Pada tahun lepas sahaja, dua telefon pintar Nexus baru telah diperkenalkan, iaitu Nexus 5X daripada LG dan juga Nexus 6P daripada Huawei.

Google Nexus 6P

Terkini, ia dilaporkan Google mungkin inginkan lebih kawalan untuk pembangunan peranti Nexus dan penjenamaan peranti berkenaan. Pada hari ini, peranti Nexus direkabentuk oleh pengeluar berdasarkan kepada input daripada pihak Google. Perkara ini mungkin berubah jika Google mengambil lebih kawalan, dimana mereka akan merekabentuk peranti berkenaan, dan pengeluar peranti beroperasi lebih sebagai rakan kerjasama untuk pengeluaran dan pemasaran sahaja.

Perkara ini masih lagi pada fasa awal perbincangan, dan mungkin mengambil masa yang agak lama sebelum ia direalisasikan.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan yang mana HTC sedang masih dalam perbincangan untuk pembangunan peranti Nexus akan datang pada tahun ini.


TIPS & ULASAN