(Ura-Ura) Telefon Nexus Seterusnya Akan Hadir Daripada HTC?

(Ura-Ura) Telefon Nexus Seterusnya Akan Hadir Daripada HTC?

Diterbitkan pada Jan 20, 2016 oleh .

Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai peranti Nexus tahun 2016 ini, memandangkan ia biasanya dilancarkan sekitar bulan Oktober. Walaupun begitu, terkini, beberapa desas-desus hadir mengatakan Google akan bekerjasama dengan HTC untuk peranti Nexus akan datang.

HTC One M9

Bercakap mengenai peranti Nexus daripada HTC, mereka sebelum ini telah menjadi yang pertama memperkenalkan Nexus One, dan kemudian memperkenalkan tablet Nexus 9 pada tahun 2014 yang lepas.

Menurut desas-desus yang hadir ke arena web baru-baru ini, HTC dikatakan menguji peranti bersaiz 5-inci dan juga 5.5-inci.

Apa pun, seperti biasa, ini hanya desas-desus awal sahaja, dan sama-sama kita nantikan adakah benar HTC akan mengeluarkan telefon pintar Nexus untuk tahun ini.


TIPS & ULASAN