Selepas Emoticon LGBT, Indonesia Akan Mengharamkan Tumblr

Selepas Emoticon LGBT, Indonesia Akan Mengharamkan Tumblr

Diterbitkan pada Feb 17, 2016 oleh .

Indonesia ialah negara yang sering dianggap lebih liberal berbanding Malaysia. Artis mereka lebih berani berpakaian seksi dan filem dari negara mereka juga lebih nakal sehingga boleh memaparkan lakonan pelakon dewasa terkenal seperti Sasha Grey dan Maria Ozawa. Tetapi sejak kebelakangan ini beberapa tindakan Kementerian Komunikasi dan Informatika (Kominfo) nampaknya cuba melindungi pengguna Internet Indonesia dari pencemaran budaya negatif. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kerajaan Indonesia mengarahkan emoticon LGBT dibuang dari aplikasi Line dan WhatsApp.

tumblr

Terkini Kominfo akan menghalang akses kepada laman popular Tumblr. Halang akses dilakukan kerana mereka mendapati Tumblr dipenuhi dengan kandungan berunsur pornografi. Arahan menghalang akses telahpun diberikan kepada syarikat pembekal Internet dan mungkin akan berkuat kuasa dalam masa beberapa hari. Reaksi dari pengguna Indonesia adalah negatif dan laman Change.org yang meminta Kominfo menimbang semula arahan ini sudahpun mengumpul beberapa ribu tanda tangan. Pengharaman Tumblr secara menyeluruh dianggap tidak adil kerana ia turut digunakan untuk penyebaran maklumat berguna kepada masyarakat dan memuat naik karya seni. Tindakan pengharaman pukul rata Tumblr di Indonesia ini mempunyai persamaan dengan pengharaman Medium di Malaysia akibat kewujudan artikel yang mendakwa seorang pemimpin tertinggi negara terlibat dengan korupsi. Umum kita ketahui ini adalah dakyat jahat dan tidak benar sama sekali.


TIPS & ULASAN