Carian
Apple Menentang Permintaan FBI Untuk Menyertakan Backdoor Pada iPhone
February 18, 2016 Effi Saharudin

Seperti yang kami laporkan semalam, Apple diarahkan oleh mahkamah di California untuk membantu pihak FBI nyah-sulit sebuah iPhone. Peranti ini dimiliki oleh Syed Rizwan, salah seorang pengganas yang membunuh 14 orang individu di San Bernardino 2 Disember lalu. Maklumat terkandung di dalam peranti diharap dapat membantu pihak berkuasa memastikan suspek tidak dibantu oleh orang lain untuk melakukan serangan keganasan tersebut.

Apple telah membantu dalam kes berkenaan untuk menawarkan data-data yang dikehendaki, tetapi kini pihak FBI dilihat meminta lebih daripada hanya data berkaitan – iaitu menyertakan backdoor pada iPhone

Apple dan pelbagai syarikat teknologi menekankan kepada privasi pengguna, dan ia menjadi tanggungjawab mereka untuk melindungi pelbagai data pengguna yang terkandung pada pelayan mereka.

Permintaan daripada pihak FBI untuk menyertakan backdoor pada platform iOS boleh dikatakan sesuatu yang bertentangan dengan konsep tersebut, dan ia merupakan suatu kebiasaan untuk Apple menentang perkara berkenaan.

Seperti biasa, memenuhi permintaan mahkamah adalah suatu perkara yang mungkin dilakukan oleh sesuatu syarikat, tetapi sebaliknya untuk menyertakan backdoor merupakan satu perkara yang akan melanggar dasar privasi dan sekuriti pengguna.


1.45petang : Dikemaskini dengan maklumat tambahan.

Komen