Carian
Meizu Pro 5 Ubuntu Edition Diumumkan – Telefon Pintar Ubuntu Dengan Spesifikasi Tinggi
February 17, 2016 Aman

Lebih awal daripada apa yang dinantikan, hari ini pengeluar telefon pintar dari China, Meizu telah pun memperkenalkan telefon pintar berasaskan sistem operasi Ubuntu yang terkini, iaitu Ubuntu Pro 5 Ubuntu Edition.

Ubuntu Pro 5 Ubuntu Edition hadir lebih kurang sama seperti versi Android yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, iaitu skrin 5.7-inci AMOLED, cip Samsung Exynos 7420, dan dilengkapi memori 3GB RAM atau 4GB RAM. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera belakang 21-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Meizu Pro 5 Ubuntu

Dengan kuasa yang tinggi ini, semestinya ramai yang menantikan penawaran sokongan menggunakan peranti ini seumpama desktop – seperti pada tablet Ubuntu baru. Pihak Canonical mengatakan telefon pintar ini berkuasa untuk menjalankannya, tetapi ketiadaan sokongan MHL membuatkan ia tidak boleh dijalankan.

Harga jualan untuk Meizu Pro 5 Ubuntu Edition masih tidak diketahui lagi, dan ia juga tidak diketahui sama ada kali ini Meizu akan memasarkannya dengan lebih meluas ataupun tidak. Meizu Pro 5 versi Android sendiri masih tidak memasuki pasaran Malaysia secara rasminya buat masa ini. Boleh dikatakan kemungkinan versi Ubuntu ini hadir ke pasaran Malaysia adalah amat tipis.

Komen