Cari @ Amanz

HTC Vive ialah antara peranti realiti maya yang dinantikan kemunculannya dan bersaing secara terus dengan Oculus Rift. Hari ini HTC mengumumkan ia boleh mula ditempah bermula 29 Februari ini dan harga jualannya pula ialah $799 (~RM 3362) satu set. Ini meletakkannya hampir $200 lebih mahal berbanding Oculus Rift yang akan mula dijual April ini. Apa yang membezakan dua peranti maya ini ialah pengguna Vive boleh berjalan ketika menggunakannya dan paparan yang dilihat akan bergerak selari dengan apa yang dilakukan.

HTC-Vive-retail

Pada waktu yang sama sistem Vive Phone Services turut diumumkan hari ini. Menerusi sistem ini pengguna masih boleh menjawab telefon, membalas mesej dan menerima notifkasi dari peranti pintar mereka terus ke Vive. Pengguna tidak perlu risau terlupa dunia sebenar ketika menikmati dunia maya. Dua permainan realiti maya Job Simulator dan Fantastic Contraption akan diberikan sekali dengan setiap pembelian. Nampaknya peranti permainan realiti maya akan mula dijual secara komersial tahun ini. Adakah realiti maya teknologi yang akan mengubah dunia pada tahun ini?Adakah anda teruja dengan dunia realiti maya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd