Samsung Galaxy S7/S7 Edge Mempunyai Fungsi Menapis Panggilan Spam Terbina

Samsung Galaxy S7/S7 Edge Mempunyai Fungsi Menapis Panggilan Spam Terbina

Diterbitkan pada Feb 22, 2016 oleh .

Panggilan spam dari syarikat menjual insurans dan hartanah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Hanya dua tahun lalu saya secara peribadi tidak pernah diganggu dengan panggilan jurujual sekerap yang dialami sekarang. Ini mengakibatkan saya terpaksa memasang aplikasi WhosCall yang mengenalpasti nombor yang memanggil. Apabila terpapar ianya panggilan jurujual memang terus panggilan tidak dijawab. Masalah ini akan dapat diatasi oleh pengguna Samsung Galaxy S7 secara terbina tanpa perlu memuat turun aplikasi lain.

Whitepages-Galaxy-S7-1

Samsung bekerjasama dengan Whitepages untuk menjadikan fungsi mengenal nombor yang tidak diketahui secara automatik. Sekiranya nombor spam tidak tersenarai anda boleh melaporkannya secara automatik untuk diketahui oleh pengguna lain. Sistem ini juga mampu mengenali nombor rasmi perniagaan supaya anda tahu panggilan yang diterima adalah dari agen syarikat penerbangan rasmi contohnya. Selain daripada itu anda juga akan dapat mengetahui nombor restoran ataupun perniagaan yang berhampiran dengan anda menerusi sokongan Yelp. Ini ialah antara fungsi baru yang membuatkan Galaxy S7 antara peranti menarik tahun ini. Nantikan ulasannya di Amanz dalam masa beberapa minggu sebelum ia mula dijual di pasaran Malaysia bulan hadapan.


TIPS & ULASAN