Cari @ Amanz

Peranti utama Samsung dan LG kedua-duanya dilengkapi RAM sebesar 4 Gigabyte. Ini ialah bagi membolehkan lebih banyak aplikasi dilancarkan serentak tanpa perlu dilancarkan semula selepas bertukar kepada aplikasi lain. Di Vivo RAM sebesar 4 Gigabyte ini sudah dianggap ketinggalan zaman. Mereka mengesahkan Vivo Xplay 5 bakal mempunyai RAM sebesar 6 Gigabyte. Selain daripada RAM bersaiz gergasi ini ia turut diperkasakan pemproses Snapdragon 820 dan skrin QHD.

vivo-xplay-5

Rekaan dan spesifikasi lengkap peranti ini masih belum diketahui. Tetapi apa yang pasti dengan RAM sebesar 6 Gigabyte sepatutnya masalah sela seharusnya tidak berlaku. Peranti ini akan dilancarkan 1 Mac ini. Dari pengalaman peribadi RAM sebesar 3 Gigabyte sudah lebih dari mencukupi. Dengan saiz RAM yang semakin besar pada peranti pintar, mungkin suatu hari nanti saiz RAM pada peranti mudah alih akan setanding dengan RAM pada komputer PC. Ini juga bermakna ramalan pengarah syarikat ARM tempohari bahawa kualiti grafik pada peranti pintar akan berjaya menandingi konsol seawal 2017.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd