Pelancaran peranti baru Xperia X Performance, Xperia X dan Xperia XA oleh Sony semalam adalah amat tidak dijangkakan. Rekaan panel kaca siri Xperia Z digantikan dengan tubuh logam sepenuhnya pada keluarga Xperia X. Semasa pelancaran harga jualan tidak diumumkan. Hari ini beberapa pra-tempahan sudah mula boleh dilakukan di beberapa negara Eropah. Xperia X dijual pada harga €599 (~RM 2771)manakala Xperia XA dijual pada harga €299 (~RM 1383).
Harga jualan untuk Xperia Performance tidak pula diumumkan kerana mungkin tidak memasuki pasaran Eropah. Terdapat andaian ia mungkin dalam lingkungan €699 (RM 3222). Harga yang ditetapkan adalah agak mahal bagi peranti kelas pertengahan tetapi selari dengan pengkelasan “peranti kelas pertengahan premium” yang diberikan oleh Sony. Ketiga-tiga peranti ini mempunyai skrin bersaiz 5″ dengan pilihan pemproses Snapdragon 820 (X Performance), Snapdragon 650 (X) dan MediaTek Helio P10 (XA).