IAI Rotem L – Dron Boleh Membunuh Untuk Kegunaan Peperangan Dalam Bandar

IAI Rotem L – Dron Boleh Membunuh Untuk Kegunaan Peperangan Dalam Bandar

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

Dron untuk kegunaan ketenteraan sedang giat dibangunkan. Sistem dron quad-rotor yang dahulunya digunakan untuk kegiatan riadah kini berevolusi untuk tujuan membunuh. Sebelum ini kami paparkan dron buatan Russia yang mampu membawa peluru berpandu anti kereta kebal. Kini wujud pula dron quad-rotor yang boleh digunakan untuk tujuan membunuh di kawasan pertempuran dalam bandar.IAI Rotem L ialah dron yang direka di Israel untuk tujuan peperangan dalam bandar. Ia diperlihatkan di Petunjukan Udara Singapura minggu lalu.

IAI Rotem L 1

Dron membunuh ini boleh dibawa oleh seorang askar infantri kerana hanya sebesar 4.5 Kilogram. Di dalam ruangan kargo dua butir bom tangan boleh dibawa dan dijatuhkan pada posisi musuh. Sekiranya perlu ia juga boleh melakukan penerbangan Kamikaze memasuki bangunan yang melindungi musuh. Sistem kamera infra merah dan pengesan akustik membolehkan ia diterbangkan ke dalam bangunan tanpa masalah. Rotem L mempunyai jarak kawalan sekitar 1500 meter dan mampu terbang selama 30 minit sebelum perlu dicas. Penggunaan dron bunuh diri ini sebenarnya bukanlah idea baru. Pihak ISIS sebenarnya sudah mempelopori pengguna dron awam yang diubahsuai untuk  membawa letupan ini di Syria dan Iraq sejak tahun lalu. Malahan dron DJI buatan China ditemui digunakan oleh tentera pemberontak di dalam konflik Ukraine.


TIPS & ULASAN