Oppo SmartSensor – Sistem Penstabilan Imej Pada Sensor, Bukan Pada Lensa Kamera

Oppo SmartSensor – Sistem Penstabilan Imej Pada Sensor, Bukan Pada Lensa Kamera

Diterbitkan pada Feb 23, 2016 oleh .

Sistem pengecasan pantas SuperVOOC yang diperlihatkan Oppo hari ini boleh dianggap inovasi yang menakjubkan dari Oppo. Secara sekelip mata masalah peranti kehabisan bateri akan menjadi masalah silam. Tetapi ini bukan satu-satunya inovasi untuk peranti pintar yang diperlihatkan Oppo hari ini. Mereka juga baru mengumumkan sistem penstabilan imej terbina pada sensor kamera. Ini adalah anjakan paradigma dari sistem penstabilan secara perisian dan pada lensa (OIS) yang digunakan pada peranti sekarang. Sistem SmartSensor ini mampu menstabilkan imej pada tiga paksi berbanding hanya dua pada sistem OIS sekarang.

Oppo-SmartSensorSelain menstabilkan gambar dengan lebih komprehensif, ia juga dikatakan lebih pantas dan menjimatkan bateri dari sistem penstabilan sebelum ini kerana menggunakan sistem mikrooelektromekanikal (MEM). Sistem MEM hanya memerlukan 15 milisaat untuk menstabilkan sensor berbanding 50 milisaat yang digunakan sistem motor OIS. Penjimatan tenaga elektrik pula berlaku kerana MEM kurang menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi. Menurut Oppo lagi pada sistem OIS setiap gambar yang diambil menggunakan 500 mW tenaga berbanding 10 mW menggunakan SmartSensor. Sungguhpun sistem penstabilan imej ini sudah diperlihatkan, Oppo tidak pula mengumumkan peranti baru yang bakal menggunakannya. Sekiranya sistem ini berfungsi sebaik seperti yang dikhabarkan, ini akan membuatkan teknologi kamera pada peranti mudah alih semakin baik dan ini adalah berita baik buat kita semua.


TIPS & ULASAN