Pemproses MediaTek Helio P20 Dilancarkan – Pemproses Kelas Pertengahan Jimat Tenaga

Pemproses MediaTek Helio P20 Dilancarkan – Pemproses Kelas Pertengahan Jimat Tenaga

Diterbitkan pada Feb 24, 2016 oleh .

MediaTek, nama yang sebelum ini dikaitkan dengan pemproses kurang berkuasa yang digunakan pada peranti kurang berkualiti. Namun sedikit demi sedikit persepsi ini berjaya diubah dengan hadirnya pemproses Helio X10 tahun lalu. Pemproses ini masih berkuasa tetapi mempunyai satu masalah iaitu ia kuat memakan bateri. Kesemua peranti Helio X10 yang kami ulas di makmal Amanz seperti HTC One M9+ dan Xiaomi Redmi Note 2 mempunyai hayat bateri yang kurang memuaskan. Semalam pemproses Helio P20 dilancarkan oleh MediaTek dan ia dikatakan menjimatkan penggunaan tenaga.

MediaTek-Helio-P20

Helio P20 dihasilkan menggunakan teknologi 16 nm ini mempunyai lapan CPU Cortex-A53 yang berfungsi pada kelajuan 2.3 GHz, cip grafik Mali T-880 MP2 dan menyokong RAM LPDDR4X. Selain daripada itu Helio P20 turut menyokong kamera sebesar 24 Megapixel atau kamera berkembar 13 Megapixel, rakaman video 4K 40 FPS  dan modem LTE Cat 6. Jika dibandingkan dengan P10 (yang digunakan pada Xperia XA), P20 mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 25% tetapi meningkatkan kemampuan memproses sebanyak 20%. Pemproses ini ialah jawapan MediaTek kepada cip pemproses Snapdragon 652 yang dihasilkan oleh Snapdragon.


TIPS & ULASAN