Cari @ Amanz

Xiaomi hari ini selain memperkenalkan telefon pintar Xiaomi Mi 4S, mereka turut memperkenalkan telefon flagship mereka untuk tahun 2016 ini, iaitu Xiaomi Mi 5.

Xiaomi-Mi-5-3

Xiaomi Mi 5 hadir dengan skrin bersaiz 5.2″ HD Penuh, cip pemprosesan Snapdragon 820 yang membawakan peningkatan berganda berbanding Snapdragon 810 dan dilengkapi dengan GPU Adreno 530.

Ia dilengkapi RAM sehingga 4 Gigabyte dan ruangan storan sehingga 128 Gigabyte. Menguasakan peranti ini adalah bateri berkapasiti 3000 mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0. Kamera utama  sebesar 16 Megapixel Sony IMX298 dengan sokongan PDAF manakala kamera hadapan 4 Megapixel berasaskan kepada sensor 2mikrometer. Kamera belakang peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-LED untuk rakaman gambar yang cantik mengikut pencahayaan yang bersesuaian. Kamera utama dilengkapi sistem OIS dan mampu merakam video pada resolusi 4K.

Sokongan NFC juga turut hadir pada Xiaomi Mi 5, yang mana bukan sahaja menyokong pembacaan, tetapi juga boleh digunakan untuk menulis pada kad NFC. Xiaomi seperti biasa menggunakan antaramuka MIUI 7 yang berasaskan kepada Android 6.0 Marshmallow. Beberapa fungsi baru turut disertakan, termasuk salah satunya adalah kebolehan panggilan video yang disertakan dengan fungsi Beautify.

Xiaomi-Mi-5-1

Xiaomi-Mi-5-2

Xiaomi Mi 5 juga merupakan pertama kalinya pihak Xiaomi menyertakan butang dihadapan, dimana ia dilengkapi dengan sokongan pengimbas cap jari.

Xiaomi Mi 5 hadir dengan rekaan melengkung pada panel belakang untuk menawarkan keselesaan ketika memegangnya. Tiga model Xiaomi Mi 5 dijual iaitu 32, 64 dan 129 Gigabyte. Versi 32 dan 64 Gigabyte mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada kaca. Versi Pro dengan 128 Gigabyte pula mempunyai panel belakang yang diperbuat daripada bahan seramik.

Xiaomi Mi 5

Xiaomi Mi 5

Harga jualan pula bermula dari 1999RMB (~RM 1300) untuk versi RAM 3 GB dan muatan dalamn 32 Gigabyte dan 2299RMB (~RM 1490) untuk versi  RAM 3GB dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Versi 4GB RAM dan ruangan storan 128 Gigabyte pula ditawarkan pada harga 2699 Yuan (~RM 1745) – yang turut menyertakan cip Snapdragon 820 dengan kuasa pemprosesan lebih tinggi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd