Carian
Resident Evil 4, 5 & 6 Untuk PS4 Dan Xbox One Akan Dilancarkan Tahun Ini
February 26, 2016 Effi Saharudin

Capcom nampaknya sedang mengalami ketandusan idea. Mereka tidak lagi menghasilkan IP baru sebaliknya sedang giat melakukan penghasilan semula permainan baru untuk konsol generasi semasa. Hari ini mereka mengumumkan Resident Evil,4,5 & 6 akan dilancarkan semula untuk PlayStation 4 dan Xbox One. Resident Evil 6 akan mula dijual pada 19 Mac ini manakala 5 pada musim panas dan akhir sekali 4 pada musim luruh 2016.

Resident EvilResident Evil 4,5,6

ketiga-tiga permainan ini dijual secara digital lengkap dengan kesemua DLC pada harga $19.99 setiap satu. Kepada yang mahukan edisi fizikal, berita buruk ialah ia hanya dihasilkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Capcom tidak pula memberitahu sama ada Resident Evil 4,5 dan 6 ini adalah penghasilan semula atau sekadar port dari edisi PC. Pada waktu yang sama Capcom juga sedang giat menghasilkan Resident Evil 2 untuk kedua-dua konsol ini. Syarikat dari Jepun nampaknya kini memanipulasi nostalgia golongan pemain veteran untuk membeli semula permainan lama mereka.

Komen