WhatsApp Beta Untuk Android Kini Membawa Keupayaan Menghantar Dokumen

WhatsApp Beta Untuk Android Kini Membawa Keupayaan Menghantar Dokumen

Diterbitkan pada Mac 2, 2016 oleh .

Salah satu fungsi yang tidak terdapat pada WhatsApp sehingga kini, tetapi popular dikalangan pengguna Telegram adalah keupayaan menghantar dokumen. Kini, pihak WhatsApp nampaknya cuba mengatasi perkara berkenaan, dan telah mulakan ujian menghantar dokumen melalui aplikasi permesejan mereka.

Fungsi penghantaran dokumen ini hadir pada panel perkongsian sama yang menggunakan penghantaran gambar dari galeri, atau daripada kamera. Sebuah ikon dinamakan dokumen hadir, membolehkan pengguna memilih dokumen daripada peranti mudah-alih mereka dan menghantarnya terus kepada rakan-rakan lain.

Buat masa ini, daripada ujian kami, ia membolehkan kami menghantar dokumen kepada pengguna iPhone dan Android, tetapi gagal untuk penghantaran ke Windows Phone, apatah lagi BlackBerry.

WhatsApp Dokumen

Mungkin dengan ujian beta ini, kita akan dapat melihat WhatsApp memperkenalkan fungsi ini secara rasminya kepada semua dalam masa beberapa minggu lagi. Jika anda ingin mencubanya terlebih dahulu, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba versi beta untuk Android hari ini.


TIPS & ULASAN