Cari @ Amanz

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah mengumumkan harga jualan untuk telefon pintar akan datang mereka, Galaxy S7 Edge. Seperti dimaklumkan sebelum ini, pra-tempahan untuknya akan bermula pada 7 Mac sehingga 11 Mac 2016 ini, sebelum ia dilancarkan secara rasminya pada 18 Mac 2016 di Malaysia.

Galaxy S7 Edge hadir dengan skrin melengkung pada kiri dan kanan – bersiaz 5.5-inci dengan paparan 1440p. Ia dijana menggunakan cip pemprosesan Exynos 2.3Ghz, memori 4GB RAM, dan ruangan storan yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Pada Galaxy S7 Edge, ia hadir dengan bateri berkapasiti 3600mAh.

Untuk rakaman gambar, kamera belakang 12-megapixel dengan sokongan OIS disediakan, dan kamera 5-megapixel untuk rakaman selfie.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Samsung Galaxy S7 Edge hadir dengan sokongan kalis air, dan turut menyertakan fungsi baru yang dioptimasikan untuk permainan video menggunakannya.

Untuk mereka yang membuat pra-tempahan awal, Samsung menawarkan diskaun jualan sebanyak 20%, kad mikro-SD 128GB daripada Samsung, dan penambahan tempoh jaminan selama 1 tahun. Tawaran diskaun 20% daripada Samsung Malaysia ini hanya terhad untuk 1000 pelanggan pertama sahaja.

Samsung Galaxy S7 Edge

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd