Cari @ Amanz

FBI Mendapatkan Kepakaran Firma Israel Untuk Menggodam iPhone

Link Copied!

Apple bertegas tidak akan membantu pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menggodam iPhone 5C milik salah seorang pengganas San Bernardino. Keengganan mereka menyebabkan pihak FBI mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksa Apple memberikan bantuan sepenuhnya untuk mengakses kandungan peranti ini. Kes ini menjadi semakin menarik kerana pihak Jabatan Keadilan secara tiba-tiba menghentikan proses mengheret Apple ke mahkamah kerana keengganan bekerjasama dengan mereka.

iPhone 5CLaporan terkini menunjukkan ini mungkin adalah kerana mereka kini mendapat bantuan dari Cellebrite, sebuah syarikat yang menawarkan perisian forensik peranti mudah alih yang berpangkalan di Israel. Mereka mempunyai kepakaran di dalam mencari kerentanan pada peranti mudah alih dan mungkin mampu menggodam peranti milik Syed Rizwan ini. Tidak diketahui sama ada mereka sudah berjaya melepasi sistem penyulitan Apple ini. Apa yang pasti di dalam sekiranya mereka berjaya, pihak berkuasa Amerika Syarikat akan mempunyai jalan belakang yang membolehkan mereka mengakses peranti sesiapa sahaja yang menggunakan sistem operasi iOS di masa hadapan.


Komen ()