Cari @ Amanz

FBI hari ni mengumumkan mereka sudah berjaya mengakses data di dalam iPhone 5C milik Syed Rizwan, salah seorang individu yang terlibat di dalam kes serangan di San Bernardino tahun lalu. Dengan kejayaan menyahsulit peranti ini, FBI kini mempunyai akses kepada kesemua maklumat yang terkunci di dalam telefon yang menyebabkan perdebatan mengenai teknologi penyulitan di Amerika Syarikat.

iPhone 5C

Kepada yang tidak mengikuti berita ini dari awal, Apple diarahkan oleh mahkamah untuk membantu pihak FBI untuk menyahsulit iPhone ini tetapi mereka enggan memberikan bantuan. Pihak FBI kemudian mendapatkan bantuan pihak Cellebrite, sebuah firma keselamatan peranti mudah alih dari Israel. Adalah dipercayai proses menyahsulit peranti ni dilakukan sepenuhnya oleh Cellbrite. Selepas ini pihak FBI akan dengan mudah mengakses peranti suspek jenayah dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd