P1 Menjadualkan Acara Media Pada 13 April – Adakah Pengumuman Pelan Telekomunikasi Mereka?

P1 Menjadualkan Acara Media Pada 13 April – Adakah Pengumuman Pelan Telekomunikasi Mereka?

Diterbitkan pada Apr 2, 2016 oleh .

P1 sejak diambil-alih oleh Telekom Malaysia telah senyap begitu sahaja, tanpa sebarang perkembangan baru daripada mereka. Terkini, setelah senyap sekian lama, mereka telah mula menghantar jemputan kepada acara media yang dijadualkan pada 13 April 2016 kelak.

Pihak P1 dalam jemputan mereka mengatakan akan memperlihatkan “rahsia” mereka pada tarikh tersebut.

P1 Secret

Apakah yang akan diumumkan masih kekal misteri buat masa ini. Namun, sejak daripada tahun lepas, Telekom Malaysia dan P1 telah bergiat dalam memfokuskan pembangunan perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih, dan telah mengatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka akan memperkenalkan pelan telekomunikasi mereka pada suku kedua 2016 ini.

TM dan P1 juga telah mengumumkan kerjasama dengan Celcom sebelum ini untuk perkongsian infrastruktur, dan mungkin pada tarikh 13 April ini kita akan mendengar lanjut mengenai penawaran pelan telekomunikasi mereka kepada umum.


TIPS & ULASAN