iPhone SE Berharga RM1949 Di Malaysia, iPad Pro 9.7 Bermula RM2699

iPhone SE Berharga RM1949 Di Malaysia, iPad Pro 9.7 Bermula RM2699

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Harga jualan rasmi untuk iPhone SE dan iPad Pro 9.7 di Malaysia kini diketahui dan harga jualannya adalah agak mampu milik. Harga jualan untuk iPhone SE bermula dari RM 1949 untuk versi 16 Gigabyte dan RM 2449 untuk versi 64 Gigabyte. Untuk iPad Pro 9.7 pula harga jualan bermula dari RM 2699 untuk versi WiFI 32 Gigabyte manakala dan mencecah RM 4699 untuk versi 4G 256 Gigabyte.

Iphone-SE-harga

iPhone SE ialah model ganti untuk iPhone 5S dengan spesifikasi setanding dengan sebuah iPhone 6S. Di atas kertas iPhone SE ialah peranti dengan skrin 4-inci paling berkuasa di pasaran. Bagi mereka yang mahukan peranti bersaiz kecil tetapi berkemampuan tinggi inilah peranti yang mungkin boleh anda senarai pendekkan. iPhone SE ditawarkan pada harga bermula RM1949 di Malaysia.

iPad Pro 9.7 pula adalah tablet berkuasa tinggi daripada Apple yang ditujukan untuk penggunaan perniagaan dan pengguna professional. Melaluinya, pengguna boleh membuat input menggunakan Apple Pencil, dan pada masa yang sama menghubungkan ia kepada papan kekunci dan menggunakannya untuk membuat pelbagai tugasan. Di Malaysia, iPad Pro 9.7 akan dijual pada harga bermula RM2699 dan meningkat berdasarkan kepada sokongan rangkaian dan storan.

Baca: Perbandingan iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6 & iPhone 6s

Baca: Pandang Pertama iPhone SE


TIPS & ULASAN