Webe Daripada TM P1 Akan Menawarkan Pelan Data Tanpa Had Untuk RM80 Sebulan?

Webe Daripada TM P1 Akan Menawarkan Pelan Data Tanpa Had Untuk RM80 Sebulan?

Diterbitkan pada Apr 6, 2016 oleh .

Sebelum ini kita telah sedia melihat akan ketirisan jenama baru dibawah Telekom Malaysia dan P1 iaitu Webe – dimana dikatakan beberapa pengguna sebagai penjenamaan semula untuk P1, dan akan digunakan sebagai jenama untuk perkhidmatan telekomunikasi mudah-alih daripada TM.

P1 sedia menjadualkan tarikh 13 April ini untuk pengenalannya, tetapi kini beberapa info lanjut tertiris daripada laman ujian untuk Webe yang telah ditemui oleh Lowyat.NET.

Webe

Webe

Daripada apa yang dipertontonkan melalui laman ujian Webe, ia dilihat mereka akan menawarkan pelan telekomunikasi yang sangat kompetetif untuk menarik pengguna untuk beralih untuk menggunakan penawaran mereka.

Daripada apa yang dilihat, Webe akan menawarkan akses kepada data sehingga 20GB data, 1000 minit panggilan dan 1000 SMS pada harga serendah RM8 sebulan. Ia ditawarkan kepada pelanggan sedia ada P1 yang membeli telefon, sementara bagi mereka yang bukan pelanggan P1, mereka dikehendaki membayar RM10 sebulan.

Webe

Webe

Disamping itu, bagi mereka yang ingin mendapatkan pelan sahaja, ia dilihat sebuah pakej berharga RM80 sebulan akan ditawarkan dengan akses data tanpa had melaluinya. Ia dipanggil sebagai Webe Unlimited Plan yang turut menawarkan panggilan dan SMS tanpa had melaluinya.

Namun, ia hanya terhad kepada penggunaan pada telefon pintar, dan pengguna akan dikehendaki membayar tambahan RM10 untuk membolehkan anda berkongsi talian melalui tethering. Ia tidak diketahui sama ada bayaran ini adalah untuk sehari atau untuk sebulan.

Info awal ini hadir daripada laman ujian untuk Webe, dan ada kemungkinan pihak Webe membuat perubahan untuknya sebelum ia dilancarkan secara rasminya.

Tetapi, sekiranya ini adalah penawaran terakhir mereka, mungkin ini akan serba-sebanyak akan memberikan persaingan kepada yang lain.


TIPS & ULASAN