Cari @ Amanz

Telekom Malaysia dan P1 telah dalam proses untuk memperkenalkan perkhidmatan mudah-alih terbaru mereka untuk pengguna tempatan – sekaligus bersaing dengan syarikat telekomunikasi sedia ada seperti Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

Buat masa ini, apakah nama akhir perkhidmatan telekomunikasi TM yang terbaru ini masih tidak diketahui lagi. Mungkin mereka menggunakan nama P1 sahaja, tetapi boleh dikatakan nama tersebut mempunyai reputasi yang kurang baik dan mungkin sukar untuk menarik pengguna baru.

Webe

Daripada petanda baru yang kami terima hari ini, sebuah gambar SIM dengan jenama Webe diperlihatkan dan dikatakan sebagai perkhidmatan telekomunikasi terbaru yang bakal hadir. Daripada gambar yang diperlihatkan, ia mengatakan pengguna boleh memasukkannya dalam peranti dan mula berkomunikasi dan berhubung dengan yang lain.

Tiada sebarang jenama Telekom Malaysia atau P1 yang disertakan pada gambar yang kami terima. Tetapi, melalui carian di laman sosial, perkhidmatan Webe.com.my dilihat dalam proses pembangunan dan bakal dilancarkan pada 13 April 2016 ini – tarikh sama dengan apa yang dijadualkan oleh pihak P1. Pendaftaran nama domain Webe.com.my juga telah dilakukan oleh pihak P1 – anak syarikat Telekom Malaysia.

Laman Webe.com.my sendiri memperlihatkan perkhidmatan seumpama komuniti yang menyokong beberapa projek untuk dijayakan – dan seperti tiada kaitan dengan kad-SIM yang kami terima dalam gambar hari ini.

Ia tidak lagi diketahui apakah kaitan Webe dengan kad SIM buat masa ini. Adakah ia mungkin merupakan jenama untuk perkhidmatan telekomunikasi Telekom Malaysia dan P1 yang terbaru, ataupun Webe ini adalah sesuatu yang berbeza?


Dikemaskini (6.26 petang) : Beberapa desas-desus turut mengatakan P1 akan dijenamakan semula menjadi Webe.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd