Cari @ Amanz

Selain dua peranti pintar P9 dan P9 Plus, Huawei turut melancarkan versi terkini gelang tangan pintar Talkband mereka semalam. Talkband B3 ialah iterasi terkini gelang tangan pintar merangkap kit bebas tangan Bluetooth. Kali ini ia hadir dengan tiga versi iaitu Active, Classic dan Elite. Versi aktif mempunyai tali diperbuat daripada silikon. Versi Classic pula mempunyai tali diperbuat daripada kulit dan versi Elite pula mempunyai tali diperbuat daripada logam.

huawei-Talkband-B3-2

Menurut Huawei sistem audio kit bebas audio Bluetooth pada Talkband B3 dipertingkatkan dan berjaya mengurangkan gangguan audio luaran sehingga 80%. Talkband B3 mampu ditambat ke peranti pintar Android dan iOS sehingga jarak maksimum 10 meter. Spesifikasi lain Talkband B3 ialah skrin PMOLED dengan kaca Gorilla, RAM sebesar 128 KB dan muatan dalaman 16 Megabyte.

Peranti boleh-pakai ini turut boleh mengesan larian, kayuhan, pendakian dan pola tidur pemakai. Bateri sebesar 91 mAh yang digunakan mampu bertahan sehingga 3 hari ataupun percakapan secara berterusan selama 6 jam.

Pihak Huawei Malaysia masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan bilakah Talkband B3 ini akan memasuki pasaran tempatan.

huawei-Talkband-B3-1

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd