SpaceX Menjayakan Pendaratan Roket Diatas Kapal Automatik Di Laut

SpaceX Menjayakan Pendaratan Roket Diatas Kapal Automatik Di Laut

Diterbitkan pada Apr 10, 2016 oleh .

SpaceX merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada eksplorasi angkasa, dan dalam usaha berkenaan, salah satu perkara yang diberikan perhatian adalah mengurangkan kos penggunaan roket untuk ke angkasa. Dalam usaha berkenaan, mereka telah melihat kepada usaha menggunakan suatu roket kembali, dan telah beberapa kali menguji pendaratan roket yang telah dilepaskan kembali ke bumi.

Selepas berjaya beberapa kali sebelum ini, paling terkini mereka menjayakan pendaratan roket yang dilancarkan kembali ke atas sebuah kapal yang dikawal automatik di laut.

Kapal automatik ini dikawal seumpama dron, dan pendaratan roket kembali ini menggunakan informasi posisi berasaskan GPS, dan pada masa yang sama dikawal dari jauh untuk menjayakan pendaratannya.

Sebelum ini, pihak SpaceX telah mencuba pendaratan diatas kapal automatik ini sebanyak lima kali, dan kali ini mereka berjaya sepenuhnya tanpa sebarang masalah.

Untuk makluman, kos membangunkan roket adalah sangat tinggi – dan dengan usaha menggunakan kembali roket dengan mendaratkannya selepas pelancaran akan mengurangkan kos ke angkasa, disamping mempercepatkan lagi proses berkenaan.

Disamping SpaceX, satu lagi syarikat yang turut memfokuskan perkara lebih kurang sama adalah Blue Origin yang dimiliki oleh pengasas Amazon.


TIPS & ULASAN