Cari @ Amanz

HTC 10 dilancarkan secara rasmi semalam dan ia adalah peranti pertama dengan kamera hadapan dengan sokongan OIS. Ini menurut HTC akan memberikan gambar selfie yang lebih stabil. Ini bukan satu-satunya inovasi yang diperlihatkan oleh HTC pada peranti ini. Walaupun ia menggunakan sistem operasi Android, HTC 10 menyokong sistem penstriman Apple Airplay.

HTC-10-AirplayIni menjadikannya peranti Android pertama yang menyokong sistem yang selama ini sinonim dengan iOS dan Mac OSX. Dengan sokongan Airplay pemilik HTC 10 boleh memaparkan video, audio dan gambar terus ke peranti yang menyokong Airplay seperti Apple TV. Selain Airplay, HTC turut menyokong penstriman Miracast dan Chromecast.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd