Android N Akan Menyokong Skrin Sensitif Tekanan Seumpama 3D Touch Pada iPhone

Android N Akan Menyokong Skrin Sensitif Tekanan Seumpama 3D Touch Pada iPhone

Diterbitkan pada Apr 18, 2016 oleh .

Terdapat beberapa peranti Android hari ini yang telah menyertakan sokongan skrin sensitif tekanan, termasuk antaranya adalah daripada Huawei dan juga Gionee. Melaluinya, pengguna boleh tekan pada ikon dan ia akan menghasilkan menu tambahan – yang mana sedikit berbeza dengan tap ikon untuk seketika.

Dengan pengeluar mengimplementasikannya sendiri, ia sedikit sukar untuk pembangun aplikasi mengintegrasikan sokongan sama pada aplikasi mereka memandangkan jenis kod yang berbeza dan sedikit sukar untuk pembangun.

Untuk mengatasinya, kini Google sendiri sedang mengintegrasikan sokongan lebih kurang sama pada Android N, dan telah mula kelihatan pada Android N versi pembangunan terbaru.

Walaupun Google akan menyertakannya pada Android N, ia tidak bermakna semua pengeluar peranti Android akan mengingtegrasikan sokongan sama pada peranti mereka.

Android N masih pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan ia ditawarkan untuk pengguna peranti Nexus. Google sendiri menasihatkan agar tidak menggunakannya pada peranti utama, memandangkan ia mungkin tidak stabil dan mempunyai beberapa pepijat yang masih tidak dikenal-pasti lagi buat masa ini.


TIPS & ULASAN