Cari @ Amanz

Perbezaan paling ketara di antara iFlix dan Netflix ialah perkhidmatan iFlix membenarkan fungsi muat turun rancangan yang ingin dimuat turun pada peranti pintar milik pengguna. Video yang dimuat turun kemudian akan terpadam dengan sendirinya selepas melepasi tempoh 48 jam. Bagi mereka yang tidak mahu membuang data selular fungsi ini amat menjimatkan kerana rancangan yang ingin ditonton boleh dimuat turun menerusi WiFi rumah (ataupun kedai mamak) terlebih dahulu. Netflix enggan mengaktifkan fungsi ini kerana menurut mereka tiada keperluan untuk ia diwujudkan.

iflix netflix both20160107_174645Apabila ditemubual oleh laman Tech Insider baru-baru ini, CEO Netflix Reed Hastings nampaknya mengubah pendapat asal beliau. Beliau berkata Netflix kini terbuka kepada idea muat turun untuk tontonan secara offline. Ini adalah kerana sejak Netflix menebarkan sayap ke serata dunia mereka menyedari kelajuan internet pantas dan stabil sepanjang masa ialah kemewahan yang tidak dirasai penduduk di luar negara maju. Ini akan menyukarkan pelanggan Netflix di negara-negara ini untuk menstrim Netflix dengan lancar. Pesaing terdekat Netflix di Amerika Syarikat, Amazon Instant Video telahpun menyokong fungsi ini. Dengan persaingan yang sengit tidak mengejutkan sekiranya Netflix akur dengan permintaan pengguna dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd