Bancian SPAD Memperlihatkan 80% Pengguna Lebih Gemarkan Grabcar Dan Uber

Bancian SPAD Memperlihatkan 80% Pengguna Lebih Gemarkan Grabcar Dan Uber

Diterbitkan pada Apr 27, 2016 oleh .

Ramai pemandu teksi yang tidak begitu mengemarkan perkhidmatan seperti Uber dan juga Grabcar, dan beberapa kali mereka telah menekankan kepada SPAD untuk mengambil tindakan terhadap perkhidmatan berkenaan. Lanjutan daripadanya, sebelum ini SPAD telah melakukan bancian dan mendapatkan maklumabalas terus daripada pengguna awam.

Kini, berkongsi mengenainya kepada NST, SPAD mengatakan lebih kurang 80% daripada responden lebih gemarkan perkhidmatan Grabcar dan Uber berbanding teksi biasa. Salah satu sebab utama untuknya adalah kerana kemudahan yang ditawarkan – membolehkan pengguna untuk membuat tempahan serta-merta, berbanding perlu menahan teksi untuk menuju ke sesuatu lokasi.

Pada masa yang sama, SPAD turut menekankan yang mana teksi perlu menaik-taraf piawaian perkhidmatan mereka supaya memberikan perkhidmatan dan keselesaan yang lebih baik kepada pengguna.

Sebelum ini, ramai yang telah mengadu mengatakan teksi beroperasi tanpa mengikut meter, selain kenderaan yang tidak begitu terjaga jikalau dibandingkan dengan kenderaan daripada Grabcar atau Uber.

SPAD akan terus berbincang dengan SKMM untuk hadir dengan penyelesaian untuk Grabcar dan Uber ini – terutamanya berkenaan dengan keselamatan penumpang serta perlindungan untuk mereka dari segi insuran dan beberapa hal lain.

Pada masa yang sama, ia turut dikatakan terdapat lebih 10,000 pemandu Uber di Malaysia buat masa ini.


TIPS & ULASAN