- Baca : Internet Burung Hantu Percuma Untuk XPAX Magic SIM Akan Dihadkan Kepada 10GB Setiap Langganan
Celcom telah menarik perhatian ramai melalui pelan pascabayar baru mereka sebelum ini, dan pada awal pagi ini, mereka bakal memperkenalkan pakej prabayar baru mereka. DPakej baru daripada Celcom ini akan dinamakan sebagai XPAX M4GIC SIM – dimana Celcom menyertakan penggunaan perkataan 4G pada nama Magic.
XPAX M4GIC SIM menawarkan panggilan tanpa had ke talian Celcom yang lain, dan pada masa yang sama dilengkapi dengan akses internet asas (64kbps) secara percuma. Pelanggan juga akan dapat mengakses kepada Yonder Music tanpa had secara percuma melalui pakej baru ini. Pelan baru ini memfokuskan kepada mereka yang lebih banyak membuat panggilan.
Celcom turut menyediakan sebanyak lima pilihan untuk membeli data, iaitu RM8 untuk 1GB (sehari), RM18 untuk 1GB (seminggu), RM38 sebulan untuk 4GB, RM48 sebulan untuk 5GB dan RM68 sebulan untuk 7GB. Semuanya hadir dengan kebolehan untuk membawa data yang tidak digunakan ke bulan hadapan.
Disamping perbezaan nama, pelan baru Celcom ini juga akan membawakan perbezaan dari segi penawaran internet untuk diakses pada waktu malam. Tiada XPAX Internet Burung Hantu secara percuma pada pelan ini, tetapi sebaliknya Celcom menawarkan data tengah malam (1 pagi – 7 pagi) pada RM5 untuk 10GB, atau RM2 untuk 2GB.
Celcom juga turut memudahkan pengguna untuk membuat langganan pakej ini dengan hanya terus membuat tambah-nilai daripada pengedar Celcom seluruh negara, tanpa perlu membuat perubahan pada pilihan pakej.
Untuk pelan lama, Celcom akan terus menawarkan Internet Burung Hantu secara percuma, dan Celcom mengatakan penjualan SIM baru untuk pakej lama adalah setakat stok sedia ada sahaja. Dengan pelancaran pelan baru ini, kini ia memberikan pilihan kepada pengguna sama ada untuk mereka yang banyak menggunakan internet, ataupun kepada mereka yang lebih memfokuskan kepada penawaran panggilan.
- Baca : Internet Burung Hantu Percuma Untuk XPAX Magic SIM Akan Dihadkan Kepada 10GB Setiap Langganan
12 tengah hari : Dikemaskini dengan info pelancaran.