Gedung MARA Digital Akan Dibuka Di Melaka Dan Terengganu Disember Ini

Diterbitkan pada Apr 28, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disember lalu kami melaporkan gedung MARA Digital akan dibuka di setiap negeri pada tahun 2016. Kita sudah memasuki suku ke-2 2016 dan dua lagi gedung ini akan dibuka. Lokasi terkini di Melaka dan Terengganu akan memulakan operasi pada Disember hadapan. Sementara itu MARA Digital di Pusat IT di Anggerik Mall, Shah Alam dan Glomac Mall, Damansara akan memulakan operasi Jun ini.

MARA DigitalTimbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut dipetik mengatakan jualan bulanan di MARA Digital Kuala Lumpur mencecah RM 4.5 Juta sebulan dengan peningkatan 5% setiap bulan. Dengan pembukaan empat lagi MARA Digital, pihak kerjaan berharap dapat meningkatkan jumlah usahawan IT Bumiputera.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami