Google Mempatenkan Peranti Kecil Yang Disuntik Ke Mata Untuk Menambah-Baik Penglihatan

Google Mempatenkan Peranti Kecil Yang Disuntik Ke Mata Untuk Menambah-Baik Penglihatan

Diterbitkan pada Apr 30, 2016 oleh .

Google sebelum ini telah hadir dengan Google Glass, dan turut mengumumkan projek kanta lekap pintar untuk mengenal-pasti kadar diabetes dan sebagainya. Terkini, Google turut mempatenkan sebuah lagi projek yang melibatkan anak mata.

Melalui paten baru yang difailkan oleh Google, ia memperlihatkan sebuah peranti atau modul bersaiz kecil disuntik ke anak mata dalam usaha untuk menambah-baik penglihatan. Peranti ini menyertakan sebuah lensa elektronik, ruangan storan, sensor, bateri dan juga komponen untuk berhubung dengan peranti lain dengan kuasa pemprosesan lebih tinggi. Ia juga menyertakan antenna khusus untuk mendapatkan tenaga bagi tujuan pengoperasian.

Google Kanta Lekap Pintar

Pemfailan ini dilihat hadir daripada bahagian Verily yang mana memfokuskan kepada projek-projek berkaitan kesihatan.

Seperti biasa, pemfailan paten tidak bermaksud produk akhir berkaitan dengannya akan hadir. Namun, dengan pihak Google yang memfokuskan kepada beberapa projek kanta lekap sebelum ini, tidak mustahil untuk mereka turut mengumumkan satu lagi projek baru dibawahnya.


TIPS & ULASAN