Sony Mempatenkan Kanta Lekap Yang Boleh Merakamkan Gambar Dan Video

Sony Mempatenkan Kanta Lekap Yang Boleh Merakamkan Gambar Dan Video

Diterbitkan pada Apr 30, 2016 oleh .

Persaingan kanta lekap pintar bukan sahaja disertai oleh Google, tetapi kini dilihat Sony juga ingin menyertainya. Terbaru, mereka dilihat telah memfailkan paten untuk hadir dengan sebuah kanta lekap yang boleh merakamkan video dan juga gambar.

Melalui kanta-lekap berkenaan, ia akan hadir dengan sebuah skrin organik electroluminescence, dan pada masa yang sama mempunyai ruangan storan terbina untuk menyimpan data.

Pengguna kemudiannya boleh membuat rakaman gambar atau video dengan kelip mata, disamping turut mengawal fungsi seperti autofokus dan zoom.

Kamera

Buat masa ini, ia hanya sekadar sebuah paten sahaja. Tetapi dengan perkembangan sihat arena teknologi dan persaingan dalam pembangunan kanta lekap pintar, tidak mustahil untuk kita melihat pada masa akan datang kita merakamkan gambar dengan hanya kelip mata sahaja.

Kanta Lekap Sony


TIPS & ULASAN