Carian
Machines Kini Menawarkan iPhone 5S Pada Harga RM1299
May 2, 2016 Aman

Apple kini dalam persiapan untuk memperkenalkan iPhone SE untuk pasaran tempatan, dan sebagai langkah untuknya, telefon pintar bersaiz 4-inci sebelumnya, iaitu iPhone 5S telah dihentikan pengeluarannya dan berhenti ditawarkan melalui laman rasmi Apple.

Ini sekaligus membuatkan penjual dan pengedar rasmi Apple di Malaysia mula menghabiskan stok sedia ada mereka. Terkini, Machines yang sedia popular dengan penawaran pelbagai produk Apple dilihat telah mula menawarkan iPhone 5S pada harga RM1299.

Apple iPhone 5S

iPhone 5S hadir dengan skrin 4-inci, dilengkapi cip pemprosesan Apple A7, kamera belakang 8-megapixel iSight, dan turut dilengkapi dengan sokongan 4G LTE dan pengimbas cap jari Touch ID. Versi yang ditawarkan adalah versi 16GB, dan ia hadir dalam pilihan warna kelabu atau perak.

Penawaran ini juga sekaligus memperlihatkan iPhone SE akan ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi. Machines mengatakan penawaran iPhone 5S adalah sangat terhad, dan boleh didapati secara atas-talian, atau di kedai Machines di Mid Valley, The Gardens, Nu Sentral, KLCC, Lot 10, Sunway Pyramid, Empire Shopping Gallery, The Main Place, Setia City Mall, IOI City Mall, AEON Bukit Tinggi, KLIA2, dan JB Tebrau City.

Komen