GoPro Memperkenalkan Aplikasi Penyunting Video Pada Peranti Mudah-Alih

GoPro Memperkenalkan Aplikasi Penyunting Video Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Mei 4, 2016 oleh .

GoPro sebelum ini telah mengambil-alih pembangun aplikasi penyunting video pada peranti mudah-alih, dan kini selepas beberapa bulan GoPro memperkenalkan semula aplikasi berkenaan untuk pengguna mereka, iaitu Quik dan juga Splice.

GoPro Splice

Quik menawarkan kemudahan membuat penyuntingan video dan gambar terus pada telefon pintar. Pengguna hanya perlu memilih koleksi gambar dan video yang ingin dijadikan video, seterusnya memilih tema, lagu latar, dan kesan khas sebelum mengubahnya menjadi video akhir. Quik menawarkan sebanyak 28 tema berbeza untuk pengguna pilih, dan aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk peranti Android dan iOS.

Muat-Turun Quik untuk Android

Muat-Turun Quik untuk iPhone

Splice pula merupakan aplikasi khusus untuk iPhone yang menawarkan lebih kawalan – menawarkan fungsi seumpama pada penyunting desktop. Pengguna boleh memilih kesan transasi, memotong klip, menambah gerak-perlahan dan sebagainya pada video yang ingin dihasilkan, dan terus menyimpan dan berkongsi ke laman sosial.

Muat-Turun Splice untuk iPhone

GoPro dilihat ingin lebih memudahkan pengguna membuat penyuntingan video, dan berkongsi hasil dengan pantas ke laman sosial – sekaligus mungkin menarik lebih ramai menggunakan peranti keluaran mereka. Walaupun aplikasi ini ditujukan untuk pengguna GoPro, tetapi anda masih boleh membuat penyuntingan menggunakan video yang dirakamkan menggunakan kamera lain selain GoPro.


TIPS & ULASAN