Nissan Memperkenalkan Power Bank Untuk Rumah

Nissan Memperkenalkan Power Bank Untuk Rumah

Diterbitkan pada Mei 12, 2016 oleh .

Tidak lama sebelum ini, Tesla telah mengumumkan storan bateri untuk rumah dinamakan Tesla Powerwall. Melaluinya, ia menyimpan tenaga dengan mengecas ketika luar waktu puncak, dan seterusnya digunakan pada pelbagai peralatan elektronik harian.

Kemudiannya, arena sama turut disertai oleh Mercedes, dan hari ini Nissan turut mengumumkan produk mereka tersendiri.

Nissan xStorage

Nissan memanggil bateri untuk rumah mereka ini sebagai xStorage – dan seperti biasa, ia boleh mengecas ketika diluar waktu puncak, ataupun turut menggunakan kaedah pengecasan mesra alam seperti menggunakan tenaga solar dan kemudiannya menyimpan ia didalam Nissan xStorage. Penyimpanan tenaga ini seperti biasa boleh digunakan untuk mengecas kenderaan pada kos rendah, ataupun turut digunakan untuk menguasai peralatan elektronik ketika tenaga elektrik terputus disebabkan gangguan.

Nissan turut mengatakan mereka akan menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan pengguna memantau penggunaan dan tenaga yang disimpan.

Buat masa ini, Nissan memasarkan bateri untuk rumah mereka ini di pasaran Eropah sahaja, pada harga bermula €4,000 yang boleh menyimpan tenaga 4.2 kWh.


TIPS & ULASAN