WhatsApp Beta Untuk Android Memperlihatkan Penyertaan Fungsi Panggilan Video – Masih Tidak Boleh Digunakan

WhatsApp Beta Untuk Android Memperlihatkan Penyertaan Fungsi Panggilan Video – Masih Tidak Boleh Digunakan

Diterbitkan pada Mei 14, 2016 oleh .

WhatsApp telah diperkatakan akan hadir dengan fungsi panggilan video pada perkhidmatan permesejan mereka tidak lama lagi – dan kini petanda untuknya telah pun kelihatan pada aplikasi WhatsApp Beta yang ditawarkan untuk Android.

Melalui aplikasi WhatsApp Beta, kini apabila pengguna tap pada ikon panggilan, anda diperlihatkan dua pilihan – iaitu panggilan audio atau panggilan video.

WhatsApp Panggilan Video

Pada panggilan audio, seperti biasa, pengguna boleh membuat panggilan suara kepada senarai kenalan dan rakan-rakan di WhatsApp. Dan untuk panggilan video, ia sepatutnya membuat panggilan video dan membolehkan pengguna berhubung dengan rakan-rakan melalui kamera hadapan pada peranti mereka. Buat masa ini, fungsi tersebut masih belum diaktifkan, dan ia hanya memaparkan skrin fungsi berkenaan tidak aktif lagi buat masa ini.

Seperti biasa, pihak WhatsApp sering menguji penyertaan fungsi baru pada versi beta mereka, tetapi ia sering mengambil masa beberapa bulan sebelum ia direalisasikan. Berkemungkinan ia akan mengambil masa yang sedikit lama sebelum diperkenalkan memandangkan WhatsApp sering menguji pengoptimasian rangkaian terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan secara rasminya.


TIPS & ULASAN