Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pengenalan Moto G4 dan juga Moto G4 Plus, Lenovo turut memperkenalkan satu lagi peranti dibawah keluarga Moto G, iaitu Moto G Play. Secara kasar, Moto G Play ini dilihat sebagai ganti kepada Moto E, dan membawakan spesifikasi peranti yang rendah berbanding Moto G dan Moto G Plus.

Moto G4

Moto G Play hadir dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD (1280 x 720), menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 410 dan memori 2GB RAM. Melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti 2800mAh, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Telefon pintar Moto G Play ini turut hadir dengan penggunaan antaramuka asli Android tanpa sebarang penambahan drastik.

Harga jualan dan tarikh penawaran rasminya masih tidak diumumkan, tetapi pihak Lenovo menyasarkan untuk memasarkannya pada peringkat global.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd