Cari @ Amanz

Pada era digital kini, sekuriti telah menjadi salah satu fokus utama. Kini, dalam usaha membuatkan komputer riba Apple berasaskan Mac OS X lebih selamat, Apple dikatakan akan memperkenalkan fungsi mengakses komputer riba berkenaan melalui penggunaan pengimbas cap jari pada telefon pintar pengguna.

iPhone Macbook

Fungsi ini dijangka akan diperkenalkan pada Mac OS akan datang, dan berfungsi menggunakan Bluetooth LE – lebih kurang sama seperti bagaimana integrasi iPhone dan Apple Watch berfungsi.

Integrasi fungsi ini juga sekaligus akan membuatkan pengguna lebih tertumpu dengan ekosistem Apple tanpa perlu memikirkan produk lain untuk dibeli – dan pada masa yang sama tidak memerlukan Apple mengintegrasikan sokongan pengimbas biometrik pada komputer riba mereka.

Selain fungsi ini, Apple juga dikatakan akan memperkenalkan fungsi Siri pada OS X 10.12 akan datang.

Apple menjadualkan acara WWDC mereka pada bulan Jun ini, dan dijangka akan berkongsi lebih mengenai penawaran mereka pada acara berkenaan kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd