Cari @ Amanz

Flash Plus 2 Berharga RM599 Di Malaysia – Hadir Dengan Rekaan Logam, Dan Pengimbas Cap Jari

Oleh Aman

Link Copied!

Flash mungkin sinonim dengan ramai pengguna sebagai sebuah jenama dibawah Alcatel. Namun, sejak daripada bulan Mei 2016 ini, TCL Communication telah mengoperasikan Flash sebagai sebuah jenama berasingan, dan telefon pintar pertama dibawahnya yang telah diperkenalkan adalah Flash Plus 2.

Flash Plus 2

Flash Plus 2 hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek Helio P10 dan untuk pasaran Malaysia ia hadir dengan memori 2GB RAM dan ruangan storan 16GB. Pengguna boleh meluaskan storan sehingga 128GB menggunakan mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 13-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel. Flash Plus 2 turut menyertakan lampu LED pada kamera hadapan untuk membolehkan pengguna merakamkan gambar selfie dengan terang walaupun pada keadaan malap.

Flash Plus 2

Pada bahagian hadapan peranti ini juga hadir bersama adalah pengimbas cap jari. Pengimbas cap jari bukan sahaja sekadar untuk nyah-kunci peranti, tetapi juga turut boleh digunakan untuk Private Folder pada peranti ini.

Flash Plus 2 turut menyertakan sokongan audio Hi-Fi yang baik, dan pada bahagian bateri, ia menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh yang hadir dengan sokongan pengecasan pantas. Pengguna boleh mengecas peranti sehingga 50% dalam masa 30 minit.

Di Malaysia, Flash Plus 2 berharga RM599. Pra-tempahan untuknya dibuka bermula hari ini – 3 petang 24 Mei, dan jualan pertama untuknya bermula 10 pagi 31 Mei kelak.


Komen ()