Toyota Membuat Pelaburan Strategik Pada Uber

Toyota Membuat Pelaburan Strategik Pada Uber

Diterbitkan pada Mei 25, 2016 oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan membuat tempahan pemanduan dari sesuatu lokasi yang popular – bukan sahaja di kalangan pengguna tempatan tetapi juga di pelbagai negara lain. Terkini, dalam terus memperkukuhkan kedudukan mereka, Uber dilihat telah menerima pelaburan strategik daripada pihak Toyota.

Uber mengatakan penggunaan kenderaan Toyota adalah salah satu jenama yang sangat popular diplatform Uber seluruh dunia.

Uber

Melalui pelaburan strategik ini juga, Toyota akan menyediakan sebuah penawaran baru bagi membolehkan pemilik kenderaan untuk membuat sewa-beli daripada Toyota dan membuat pembayaran menggunakan pendapatan yang dijana melalui Uber.

Toyota dan Uber juga dikatakan akan melihat untuk bekerjasama dalam beberapa arena lain, termasuk dalam membangunkan aplikasi dalam kenderaan yang membantu pemandu Uber. Untuk makluman, Toyota turut mempunyai bahagian tersendiri yang membangunkan kenderaan yang dipandu automatik – dan tidak mustahil mereka turut bekerjasama dalam arena sama memandangkan Uber turut sedang membuat pelaburan dalam kenderaan yang dipandu automatik.


TIPS & ULASAN