Toyota Dilaporkan Mengambil-Alih Bahagian Robotik Google, Boston Dynamics

Toyota Dilaporkan Mengambil-Alih Bahagian Robotik Google, Boston Dynamics

Diterbitkan pada Mei 28, 2016 oleh .

Google telah diperkatakan sebelum ini yang mana mereka ingin menjual salah satu syarikat robotik yang telah diambil-alih oleh mereka sebelum ini, iaitu Boston Dynamics. Terkini, ia dikatakan bahagian tersebut telah dijual kepada pihak Toyota.

Boston Dynamics

Boston Dynamics merupakan salah satu bahagian yang memfokuskan kepada pembangunan robot futuristik. Mereka telah hadir dengan beberapa robot umpama haiwan sebelum ini yang boleh berjalan dengan lancar pada pelbagai permukaan, dan turut memberikan maklumbalas terhadap reaksi persekitaran.

Google sebelum ini telah membuat penstrukturan semula syarikat mereka kepada Alphabet – dimana pelbagai bahagian dibawah syarikat mereka dibahagikan dan diminta untuk menjana keuntungan tersendiri. Boston Dynamics dilihat tidak mungkin menjana pendapatan dalam tempoh dua tahun akan datang, dan mungkin teknologi berkenaan tidak diperlukan sepenuhnya oleh Google – membuatkan mereka memilih untuk menjualnya.

Pihak Toyota mungkin mempunyai kelebihan dengan mengambil-alih bahagian robotik Boston Dynamics ini, apatah lagi dengan mereka sendiri dilihat memfokuskan kepada beberapa teknologi baru dibawah syarikat mereka.

Tiada pengumuman rasmi daripada kedua-dua pihak buat masa ini, dan mungkin ia akan menyusul tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN