Cari @ Amanz

Google sekitar tiga tahun lepas telah memfokuskan kepada pembangunan robotik, dan untuknya, mereka telah mengambil-alih beberapa syarikat memfokuskan pembangunan robotik, termasuk salah satunya adalah Boston Dynamics. Terkini, Google dikatakan tidak begitu yakin ia akan mendatangkan keuntungan dalam beberapa tahun terdekat ini, dan mengambil langkah untuk menjual Boston Dynamics.

Boston DynamicsBeroperasi dibawah Alphabet (nama baru syarikat disebalik Google), Boston Dynamics telah memperlihatkan beberapa robot yang telah dibangunkan mereka sebelum ini, dimana menarik minat ramai pengguna melihat kaedah ia berjalan dan berinteraksi dengan persekitaran. Namun, pada masa yang sama, ia juga menimbulkan pelbagai pertanyaan – termasuk dilihat memakan kos yang tinggi untuk pembangunannya. Google pada awalnya menyasarkan untuk hadir dengan robot yang lebih mampu milik dan membantu dalam tugasan yang berulang.

Ia dikatakan Google telah mula menyertakan sebahagian daripada projek Robotik mereka dibawah Google X, tetapi Boston Dynamics kekal beroperasi secara berasingan – sekaligus membawa kepada laporan baru ini yang dikatakan Google mungkin ingin menjualnya. Terdapat beberapa pihak yang berpotensi untuk mengambil-alihnya, termasuk Toyota dan Amazon yang turut melihat kepada arena robotik ini.

Ini boleh dikatakan bukan kali pertama Google membeli sesuatu syarikat dan menjualnya kembali. Sebelum ini, mereka turut telah membeli Motorola, dan kemudiannya menjual ia kepada pihak Lenovo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd