Cari @ Amanz

Pada acara Computex Taipei, selain dari pengumuman utama mereka mengenai MSI Backpack PC, mereka turut memperkenalkan sejumlah kad grafik baru berspesifikasi tinggi yang memenuhi kehendak mereka yang ingin bermain permainan komputer pada prestasi tinggi. Siri terbaru Twin Frozr VI dilancarkan dengan cip NVIDIA GeForce GTX 1080 dan hadir pada dua variasi, iaitu Gaming Z dan Gaming X.

Siri Twin Frozr VI merupakan siri terbaru dalam keluarga Twin Frozr dan membawakan pelbagai pembaharuan baik dari segi spesifikasi dan juga rekaan. Ia dilengkapi dengan cip NVIDA GeForce GTX 1080 yang turut berkemampuan dalam mengendalikan kandungan realiti-maya. Dari segi rekaan, ia hadir dengan rekaan kipas baharu yang akan menjana lebih pengudaraan sekaligus menyejukkan kad grafik dengan lebih efisien. Dengan bantuan sirip dan paip penyejuk, kipas ini akan berhenti sekiranya suhu kad grafik tersebut kurang dari 60 darjah celsius, mengurangkan kebisingan komputer anda.

MSI Gaming X - IMG_9790 MSI Gaming X - IMG_9801 MSI Gaming X - IMG_9794

Kad grafik MSI NVIDIA GeForce GTX 1080 Gaming X hadir pada kelajuan 1708 MHz dan boleh dinaikkan sehingga 1847 MHz pada mod optimasi (Overclocked mode). Pada bahagian belakangnya terdapat sirip penyejuk yang cantik dan kemas. Ia turut disertakan dengan 8GB RAM 256-bit GDDR5X dan menyertakan 3 soket DisplayPort,1 soket HDMI, dan 1 soket DL-DVI-D.

MSI Gaming Z - IMG_9777 MSI Gaming Z - IMG_9780 MSI Gaming Z - IMG_9784

Bagi MSI NVIDIA GeForce GTX 1080 Gaming Z 8GB, ia merupakan kad grafik dengan spesifikasi tertinggi pada siri terbaru Twin Frozr ini. Kad ini yang menyertakan cip terbaru GeForce GTX 1080 ini boleh dioptimasikan (overclocking) pada kadar ekstrim, dan membolehkan pengguna mencuba untuk mendapatkan kelajuan cip grafik yang lebih tinggi. Penawaran soket paparannya sama dengan Gaming X namun pada panel belakang ia hadir dengan lampu LED yang boleh dikustomasi mengikut citarasa pengguna.

Buat masa ini tiada maklumat berkenaan harga untuk pasaran tempatan bagi dua kad grafik terkini dari MSI ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd