OnePlus Membatalkan Jam Tangan Pintar Mereka

OnePlus Membatalkan Jam Tangan Pintar Mereka

Diterbitkan pada June 5, 2016 oleh .

Ura-ura jam tangan pintar dari OnePlus telah kami dengari sejak 2014 lagi. Di dalam temuramah eksklusif kami dengan pengasas bersama OnePlus Carl Pei tahun lalu, beliau mengaku bahawa pembangunan jam tangan pintar telah mereka lakukan tetapi masih di peringkat prototaip. Kepada peminat OnePlus yang menantikan kemunculannya, anda nampaknya harus mematikan impian anda. Ia kini sah dibatalkan pembangunannya.

OnePlus OneOnePlus telahpun menghasilkan sebuah jam tangan pintar tetapi membatalkannya bagi memfokus sepenuhnya pada penghasilan telefon pintar. Ini disahkan sendiri oleh CEO Pete Lau dengan temuramah bersama Wall Street Journal. Pasaran sekarang dibanjiri dengan pelbagai jam tangan pintar. Jualannya tidak berapa memberangsangkan. Malahan Apple Watch yang dikatakan paling popular tidak terjual pada jumlah yang diharapkan oleh Apple. Maka tidak hairanlah syarikat kecil seperti OnePlus membatalkan jam tangan pintar mereka.


TIPS & ULASAN