Cari @ Amanz

Hideo Kojima sedang membangunkan permainan baru menerusi studio baru Kojima Productions. Maklumat terperinci mengenai permainan yang sedang dibangunkan ini masih lagi misteri. Apa yang dihasilkan setakat ini hanyalah beberapa imej maskot mereka yang diberi nama Ludens yang memakai baju seakan angkasawan. Sebuah gambar terbaru Ludens diperlihatkan hari ini dan memperlihatkan wajah beliau dengan lebih jelas.

Ludens Kojima 2Jelas kelihatan Ludens bukanlah sebuah robot tetapi seorang manusia yang memakai pakaian angkasa. Wajah beliau pula ditutupi topeng seakan Ghost dari siri permainan Call of Duty Modern Warfare. Tidak diketahui sama ada Ludens ialaha watak dari permainan baru yang dihasilkan kerana pihak Kojima Productions masih berahsia. Kojima hanya mengatakan permainan yang sedang dibangunkan ialah permainan aksi yang pasti diminati penggemar siri Uncharted  4 dan The Division.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd