Twitter Membuat Pelaburan Pada Perkhidmatan Muzik, SoundCloud

Twitter Membuat Pelaburan Pada Perkhidmatan Muzik, SoundCloud

Diterbitkan pada June 15, 2016 oleh .

SoundCloud merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk berkongsi podcast, ataupun artis menerbitkan muzik melaluinya. Baru-baru ini, mereka turut telah hadir dengan perkhidmatan penstriman tersendiri dinamakan SoundCloud Go.

Twitter Audio Cards

Hari ini, Twitter dilaporkan telah membuat pelaburan pada syarikat SoundCloud, berjumlah sekitar $70 juta. Untuk makluman, Twitter telah diperkatakan berminat untuk membeli SoundCloud sekitar dua tahun lepas, namun Twitter tidak meneruskan hajat mereka ketika itu.

Buat masa ini, perkhidmatan SoundCloud sedia diintegrasikan pada Twitter. Bergerak ke hadapan, SoundCloud akan terus memfokuskan kepada perkhidmatan muzik mereka, disamping memperluaskan penawaran SoundCloud Go.

Pelaburan ini dilakukan oleh Twitter melalui bahagian pelaburan dana mereka, Twitter Ventures. Sebelum ini mereka turut telah melabur pada Cyanogen – salah satu pembangun sistem operasi berasaskan Android yang popular.


TIPS & ULASAN